Friday, April 29, 2011

Degree 122

Bila mana masa boleh diputar kembali kepada yang lebih awal.

Kalau dulu memang tak mahu balik pergi masa yang lepas. Sebab dulu rasa masa sekarang yang ada sangat berharga. Sangat bermakna. Kalau boleh, kalau bolehlah nak bekukan masa yang sekarang tu supaya boleh bawak pergi mana mana.

Tapi sekarang, kalau boleh nak balik pada masa yang dulu. Tak lama. Dua tiga hari pun cukup. Supaya apa yang jadi hari ni boleh dielakkan. Huh.Tapi apa yang dah jadi orang kata jangan dikenang. Jangan diungkit. Mana mungkin jangan dikenang jangan diungkit. Bukan sikit kesan yang akan datang. Banyak.

Hari ini peperiksaan pagi petang. Pagi 3 jam. Petang 3 jam. Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Penghulu hari ini petangnya mula lambat kerana solat itu penting. Kertas 3 jam yang pagi tak boleh jawap maka macam entah apa apa. Kertas 3 jam yang petang boleh jawap tapi masih rasa macam apa apa.

Subjek yang dah belajar hampir 4 tahun. Tapi masih tak boleh buat. Bukan sebab tak tahu. Bukan sebab tak pandai. Tapi sebab masa tak cukup. Tak cukup sangat sangat. Tangan lenguh menulis. Tengkuk sakit membaca. Melukis. Menggaris. Segala semua benda buat dalam 3 jam.

Entahlah, tak tahu nak cerita hati sekarang macam mana. Kecewa. Marah. Sakit hati. Semua ada. Ikutkan hati dah tak mahu belajar dah. Tapi esok ada kertas lagi. Maka, diabaikan sementara perasan sekarang dan mari teruskan usaha.

ps: I can bid my wish for JPA's scholarship goodbye. That would be the most frustrating of all.

2 comments:

Miss Rara said...

me also say goodbye to JPA's scholarship..wawawawawa..nak nangis!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Azlin Azman said...

itulah dah nngs dah pun tadi..

 
;